Pesan Tun M pada rakyat Sarawak

kinitv

Length : 00:02:10

69147 views

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak rakyat Sarawak mengalahkan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Dalam PRU akan datang anda semua mesti memberi sokongan penuh kepada HARAPAN kerana tanpa majoriti dua pertiga anda tidak boleh mengubah perlembagaan.

"Kita perlu mengubah sebahagian peruntukan dalam perlembagaan persekutuan supaya ia lebih adil untuk semua wilayah dalam Malaysia - Sabah, Sarawak dan semenanjung," katanya di hadapan kira-kira 10,000 hadirin dalam satu ceramah di Kuching malam tadi.

Demi membuktikan kesungguhan itu, kata Mahathir, beliau meninggalkan Umno walaupun pernah menjadi presiden kepada parti itu untuk bersama-sama pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Katanya, tokoh yang ada bersama beliau malam tadi pernah menjadi musuh politiknya sebelum ini namun sanggup bersama-sama untuk menyingkirkan BN.
00:07:14


00:02:42
Ragam Politik Semasa179545 views


00:04:06


00:02:21


00:08:46


00:04:26


00:01:34


00:05:53
newsfans channel29183 views


00:01:45
Free Malaysia Today123039 views


00:03:49