Akasia | Seindah Takdir Cinta | Episod 1

tv3malaysia official

Length : 00:41:07

33733 views

Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
http://extra.tonton.com.my


Mia Karmila (Amyra Rosli) anak gadis kesayangan Dato’ Kamal dan Datin Mariam yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh

kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman (Saharul Ridzwan) atau

lebih mesra membahasakan dirinya Aiman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Mempunyai didikan agama yang sangat

baik membuatkan Mia tertarik untuk mendekati islam melalui Aiman yang tidak diperolehi daripada kedua-ibu bapanya. Melalui

beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Adrian (Redza Rosli), masih muda tapi sudah memegang jawatan besar sebagai CEO di syarikat milik bapanya Tan Sri Effendi.

Selain bergaya dan kaya-raya, Adrian juga memiliki perangai playboy dan sering sahaja berpoya-poya.

Adrian juga tidak putus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih untuk memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun

ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya termasuk Zetty, sahabat Mia sendiri. Perubahan sikap Mia

Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian

tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Tekad Adrian menjadi bertambah kuat apabila kedua ibu bapanya dan

juga ibu bapa Mia Karmila bagaikan menggalakkan dan merestui niatnya itu.

Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu

telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman

adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?

Namun hanya ALLAH yang sesungguhnya maha mengetahui segala apa yang diaturkannya. Adrian terpaksa di masukkan ke hospital

sebaik sahaja dia dan Mia Karmila dinikahkan. Sebagai seorang gadis solehah, Mia Karmila sedar akan tanggung jawabnya di

sisi Adrian kini seandainya Syurga ALLAH adalah tujuan destinasinya.

Dengan itu Mia Karmila bertekad menjadi seorang isteri yang sentiasa diredhai oleh suaminya untuk mendapatkan Syurga ALLAH

itu. Maka dengan seikhlas hatinya Mia Karmila cuba melupakan Shahriman dan terus tabah menjaga Adrian di hospital.

Bagaimanakah dapat Mia Karmila meneruskan hari-hari kehidupannya menjaga Adrian di hospital manakala hubungan Shahriman

dengan keluarga Adrian semakin rapat, dan dengan itu juga membuatkan dia dan Shahriman sering bertentang mata.

Ia juga bagaikan luka lama berdarah kembali bagi Shahriman ketika menemankan Adrian dan Mia Karmila serta ibu bapa mereka

menunaikan Ibadah Umrah di Mekah. Shahriman benar-benar tidak mampu lagi untuk terus menyorokkan segala derita jiwa dan

hatinya yang gersang selama ini apabila melihat gadis yang pernah bertahta di hatinya itu menerima segala ujian dan dugaan

ALLAH dengan begitu ikhlas dan tulus.

Demi cintanya pada Mia Karmila yang tidak pernah luak walau sezarah pun, Shahriman terus berusaha untuk mendapatkan kembali

cinta itu walau pun dia tahu cinta Mia Karmila kini hanyalah untuk Adrian apabila kedua suami isteri itu mengakuinya di

hadapan Baitullah.

Berjayakan Shahriman memujuk dan mendapatkan kembali cinta Mia Karmila yang pernah direlakannya untuk diberikan kepada

Adrian?
00:40:53
TV3MALAYSIA Official19869 views


00:41:24
TV3MALAYSIA Official49870 views


00:41:21
TV3MALAYSIA Official21150 views


00:20:28
TV3MALAYSIA Official30849 views


00:42:12
TV3MALAYSIA Official10948 views


00:42:50
TV3MALAYSIA Official18983 views


00:04:06
PrimaDrama+82129 views


00:43:24
TV3MALAYSIA Official26163 views


00:41:41
TV3MALAYSIA Official203292 views


00:40:12
TV3MALAYSIA Official10627 views